LAPORAN HARI KOLOKIUM TINGKATAN ENAM (KOHORT 2)

SMK SACRED HEART, SIBU.

(16-02-2011)

Hari Kolokium Penyelidikan Tingkatan Enam (Kohort 2) telah diadakan pada 16 Februari 2011 bersamaan dengan hari Rabu di SMK Sacred Heart, Sibu. Kolokium Penyelidikan yang berlangsung selama satu hari ini disertai oleh 31 kumpulan yang terdiri daripada 149 orang pelajar Tingkatan Enam Atas SMK Sacred Heart. Mereka telah dibimbing oleh 43 orang guru selaku mentor kumpulan masing-masing.

 

Suatu pertandingan turut diadakan bagi memilih kumpulan-kumpulan serta pelajar-pelajar yang mampu menonjolkan hasil penyelidikan serta bakat pembentangan yang terbaik. Lanjutan daripada itu, sebanyak 6 kumpulan dan 6 pembentang terbaik daripada 6 bilik pertandingan telah terpilih untuk memenangi pertandingan tersebut .

 

Melalui aktiviti yang berlangsung , para peserta telah belajar untuk menguasai teknik pembentangan serta perbincangan dan perkongsian idea secara profesional bersama  pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat. Para peserta juga turut terdedah dengan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berdikari dan berkeyakinan tinggi.

 

Sepanjang Kolokium tersebut, segala aktiviti berjalan lancar seperti yang dirancangkan mengikut jadual. Majlis penutupan telah dilangsungkan dengan iringan Tuan Pengetua dan Pegawai Pelajaran Daerah, Cik Yong Swee Wah. Dalam ucapan penutupan, Cik Yong telah memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh para pelajar dan guru yang terlibat. Para peserta yang memenangi pertandingan telah dianugerahkan hadiah.


Ingin mendapat lebih banyak gambar Kolokium 2? Ikutlah rangkaian berikut:

http://www.shssibu.com/index.php?option=com_atomicongallery&folder=2011/FEBRUARY/16_Kolokium_T6&Itemid=563


Latest news

shspenyelidikan, 30.10: Taklimat Kolokium Kohort 3 0