Interested to view our annual report? Click pptx link below to download the Annual Report for the year 2010l

A. Latar Belakang

                  Kelab Penyelidikan merupakan satu Kelab / Persatuan Akademik yang baru ditubuhkan pada tahun 2010 di SMK Sacred Heart Sibu. 

           2010 merupakan tahun pertama pelajar Tingkatan Enam wajib membuat projek penyelidikan dan kolokium demi mempertingkatkan pembelajaran dan pencapaian akademik disamping menyediakan diri sebagai penyelidik diinstitusi tinggi pada masa depan.

          Kelab Penyelidikan ditubuhkan untuk memimpin, membantu dan membimbing ahli-ahlinya untuk menjayakan projek penyelidikan dan kolokium peringkat sekolah, daerah dan peringkat yang lebih tinggi.

          Kelab Penyelidikan telah mendapat sokongan penuh daripada En Liong Shou Chuan, pengetua sekolah ini. Tanpa beliau, kelab ini  tidak akan mencapai kejayaan mengadakan kolokium yang pertama dan menghasilkan jilid “ Bicara Penyelidik Muda 1/ 2010 ) . “ Bicara Penyelidik Muda 1/ 2010 “ merupakan naskah yang terbaru diterbitkan di Bumi Kenyalang.

 

B. Maklumat Penting

VISI

      Pelajar Tingakatan Enam SMK Sacred Heart menjadi penyelidik yang berkaliber, berintelek, liberal, efektif dan berkemahiran tinggi.

 

MISI

   Membantu pelajar Tingkatan 6 melaksanakan penyelidikan secara mendalam dan menyeluruh demi menghasilkan kajian yang bermutu dan berkualiti dengan penggunaan kemudahan teknologi maklumat supaya kolokuim yang terbaik dapat dipersembahkan

 

 

C. Ahli Jawatankuasa Kelab Penyelidikan 2009 / 2010


Duduk ( darii kiri ) :  Loh Chip Chai, William Lee Zhao Chin, En Teh Tik Seng ( Ketua Guru Penasihat ), En Lau Tiew Kiong ( Penolong Kanan KK ), En Tiong Tuang Ching ( Penolong Kanan HEM ), En Vincent Liong Shou Chuan ( Pengetua ), En Ngu Wu Ngeai ( Penolong Kanan I ), En Yek Siew King,  ( Guru Penasihat ), Pn Tay Poh Yeng ( Guru Penasihat ), Lisa Wong ( Pengerusi ), Teresa ( Naib Pengerusi )

Berdiri ( dari kiri ) : Tang Ei Ling, Priscilla Law, Yong Ya Yun, Hii Ming,  Sharon Wong, Susan Ling,   Tracy, Ning Lu Jun , Yii Zhi Hao,  Jennifer, Lim Mei Hua, Wong Yik Han , Pou Wai Ring, yeo Siok Jing,  Alfira, Florina.

 

D. Jawatankuasa Kelab Penyelidikan 2009 / 2010
Guru Penasihat : En Teh Tik Seng  ( Ketua ) , En Yek Siew King , Pn Tay Poh Yeng

Pengerusi :   Lisa Wong ( U6S4 )     Naib Pengerusi :    Teresa ( U6A1 )

Setiausaha : Florina ( U6A2 )     T. Setiausaha : Yong Ya Yun ( U6S1 )

Bendahari :  Yeo Siok Jing ( U6S3 ) T. Bendahari :         Alfira ( U6A2 )

AJK Papan Notis : Sharon Wong ( U6S4 ) ( K ), Tracy ( U6A3 ), Hii Ming ( U6A3 ),

Susan Ling ( U6S2 )

AJK Penerbitan  : Priscilla Law ( U6A1 ), Ning Lu Jun ( U6A4 ),Lim Mei Hua ( U6A4 ), Jennifer ( U6A5 ), Wong Yik Han ( U6A5 ), Tang Ei Ling ( U6S1 ),

Pou Wai Ling ( U6S2 ), Yii Zhi Hao ( U6S3 )

 

E. Kewangan

      RM 1 akan dikutip sebagai  yuran tahunan . Manakala sumbangan aktiviti juga akan dikumpul  untuk dijadikan sebagai  tabung kelab. Oleh sebab kelab ini merupakan kelab yang baru ,  tabung bagi kelab ini juga amat kurang.  Selepas membeli bahan-bahan untuk aktiviti-aktiviti tahunan seumpamanya Hiasan papan notis dan penghargaan @ cenderamata bagi AJK lama, tiada tabung tertinggal .

Pelan Tindakan

 

F. Pelaksanaan

Pelaksaan dibuat mengikut jadual yang diedarkan oleh bahagian Penyelidikan Sekolah :  Sila rujuk -   Jadual Perancangan Penyelidikan Tingkatan Enam 2010.

 

G. Penilaian dan Penambahbaikan

---Penilaian

Bersyukur Kelab Penyelidikan telah ditubuhkan di sekolah ini pada tahun ini.

Semua pelan tindakan telah dilaksanakan. Prestasi semua ahli dalam kolokium adalah memuaskan dan masih boleh dipertingkatkan lagi.

Bicara Penyelidik Muda 1 / 2010 SMK Sacred Heart, Sibu “ telah berjaya diterbitkan. Naskah ini merupakan terbitan pertama bagi Tingkatan Enam di Bumi Kenyalang.

Semua mentor telah menunjukkan kerjasama dan usaha yang gigih untuk menjayakan projek penyelidikan: Hasil penyelidikan dan persembahan kolokium.

Sokongan daripada pihak sekolah amat menggalakkan.

 

 

 

---Penambahbaikan

* Rancangan awal telah dibuat untuk sesi 2010 / 2011 supaya projek dapat disiapkan sebelum bulan Februari 2011 agar murid dapat menumpu kepada pembelajaran.

 Kursus tambahan seperti SPSS, Kajian Tindakan dan penyelidikan telah diadakan untuk mentor dan mentee demi persediaan untuk penyelidikan ini.

 Papan Notis akan digunakan dengan sepenuhnya untuk penyampaian maklumat penyelidikan.

 

Rumusan

   Kelab ini bermatlamat selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan pelajar-pelajar terlibat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dapat membina potensi intelektual pelajar secara akademik dan mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar SHS demi menjadi penyelidik muda yang berkaliber di instituisi tinggi kelak.

Latest news

shspenyelidikan, 30.10: Taklimat Kolokium Kohort 3 0